Sabtu, Mei 30, 2009

KJLJD CEMERLANG

 
KOR KEBANGGAAN KU.KJLJD TERUS CEMERLANG
Posted by Picasa

KeNangaN MaNisKu

        PERANTIS PUTRA TENTERA DARAT INTAKE 26
Posted by Picasa

Sembahyang Kat square

  PERANTIS PUTRA TENTERA DARAT INTAKE 26
Posted by Picasa

Sabtu, Mei 09, 2009

 
PERANTIS PUTRA TENTERA DARAT INTAKE 26 GAMBAR ZUL....LANI DUK JABATAN ARAH JLJ..NAK CALL DIA NI NO DIO SKOT..0193536485
Posted by Picasa

Sebagai Pengatahuan kita skot..bagus ni kalau amalkan..

PERANTIS PUTRA TENTERA DARAT INTAKE 26 TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan : Tanda 100 hari sebelum hari mati. Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. Tanda 40 hari sebelum hari mati Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya. Tanda 7 hari Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. Tanda 3 hari Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. Tanda 1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. ”Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata”. WALLAHUA`LAM
PERANTIS PUTRA TENTERA DARAT INTAKE 26
Posted by Picasa

Sebagai Pengatahuan Kita Bersama Skot...

Posted by Picasa

Isnin, Mei 04, 2009

SomBahyang Jangan LUPO SkoT...BZ,Bz Gak..Baco Kolobihan SuJud DalaM Sombahyang ni..

HIKMAH SUJUD.....Baco SKOt...KOOO..Baco BOYY... MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh: 1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh. 3. Melegakan sakit hernia. (burut) 4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan. 6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 7. kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 8. Meringankan bahagian pelvis. 9. Memberi dorongan supaya mudah tidur. 10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. 11. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 12. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 13. Mengurangkan kegemukan. 14. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions). 15. Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 16. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut" 1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut 4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi kebiasaan so..sapa2 yang tak sembahyang tu bertaubat la..sebelum terlambat.."

POsan 536434 ..Jangan Asyik Becinta Budak AFATS woii..jago-JaGO..

PERANTIS PUTRA TENTERA DARAT INTAKE 26 MURTAD KERANA CINTA : SATU PENGAJARAN (KEMBALIKAN ANAKKU NUR AMANA) Bacalah...moga ia menjadi pengajaran dalam perjalanan hidup kita. Nau'zubillahi min zalik.... Kisah yang cukup menarik.. suatu realiti yg perlu kita sedari.. dimanakah peranan kita?!.. Moga Islam dapat didaulatkan Senja menyerakkan warna di ufuk barat ketika aku keluar daripada perkarangan penjara, meninggalkannya dengan pandangan sayu yang penuh denngan luka tersayat. Air mataku telah kering untuk menangisi episod hari ini lantaran tragedi semalam yang cukup menyedihkan."Sabarlah, Sumaiyah....," cuma pesanan itu yang diingatkanoleh suamiku sebelum aku melangkah pergi sebentar tadi. Ya, Siti Sumaiyah ini akan terus sabar kerana sabar itulah yang paling baik. Kerana sabar itulah yang terindah. Biarlah aku menjadi seperti Sumayyah, sahabat Rasullulah s.a.w. Yang terus sabar dan teguh disiksa bertubi-tubi. Namun demi dinullah,keimanan terus diipertahankan. Selepas solat Maghrib, doaku berentet panjang. Air mataku mengalir tanpa henti. Aku sedih. Aku kecewa. Aku benar-benar terasa sedih di bumi fana ini. Tiada lagi kegembiraan yang menguliti. Telah hilang senda gurauNur Amana, puteri tunggalku. Sudah lenyap bisikan sayang suami tercinta. Semuanya telah tiada Sekelilingku penuh tomahan yang menyakitkan. Disekitarkansaban hari dihidangkan kisah-kisah melukakan.Suamiku pula kini dipenjara.Lengkaplah penderitaan ini. Aku sendiri tanpa dorongan dan semangat yang saban hari ditiupkan dalam roh kita Tiba-tiba hati kecilku berbisik, bahawa Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya sendirian. Ingatanku melayang pada firman-Nya dalam surah Ad-Dhuha "Allah bersumpah demi waktu dhuha dan demi malam apabila telah sunyi, sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan dan membenci hamba-Nya. Kelak, Allah akan memberikan kurnia-Nya dan hatimu pasti akanmelindungimu? Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah melindungimu?. Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah memberi petunjuk. Dan dia mendapatimu dalam serba kekurangan lalu Dia mencukupkan". Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu... Hatiku berdebar-debar menunggu keputusan doktor. Wajah doktor wanita yang bulat bersih itu kutatap sungguh-sungguh. "Emm... positif! Memang Puan mengandung...," dia tersenyum memandangku."Iyakah?," Aku seperti tidak percaya Dia mengangguk. "Tahniah! Inai masih merah lagi...memang mahu anak awal?", tanya Aku angguk. "Tentu husband Puan gembira, sampaikan ucapan tahniah saya padanya," katanya sebelum aku meninggalkannya Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan"Macammana?," Tanyanya "Abang nak atau tidak?" "Mestilah nak!". "Kalau Abang nak... adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayanng padaku.Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku.Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku. Dan segala-galanye "Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik, Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku teringat isteriImran sewaktu mengandungkan Siti Maryam, wanita suci, ibu Nabi Isa a.s. yang diberi kelebihan melahirkan anak tanpa bapa Isteri Imran menazarkan anak dalam kandungannya menjadi > hamba yang soleh dan berkhidmat di Baitul Maqdis. Setelah melahirkan seorangputeri, dia berdoa lagi semoga anak-anaknya diberi perlindungan daripada syaita yang terku Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya da teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu, hari-har kubisikkan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya. Aku nyatakan harap an saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suciAl-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akanmengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibuapabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup daN ati.Terubat hatiku melihat senyumannya. Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekukdi kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji.Memiliki imansetinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang terunggul. Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami.Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi > selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. SuamikUtidak banyak bicara.Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah, akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila ipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain. Bahagianya hati suamiku. Sejuk perutku yang mengandungkan. Dan syukurku melimpah kerana ibarat dianugerahkan puter seorang bidadari dari syurga. Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba Pda suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cermelang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun, demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, akuyakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat. Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetaptawar biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam.Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantauorang.Kerabu pucuk paku dan ikan bakar sering membuatkanku menitiskan air mata. Lauk itulah kegemaran Nur Amana. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga. Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan. Air mataku menitis.Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikAN Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalubanyak fitnah, Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Aman mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. KatanyAdengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Alah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku. Dan hatiku berbunga lega. Benar serti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tah tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dankehidupan kami berlangsung seperti biasa. Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini. Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembu Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya NurAmana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu NurAmana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri. Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa?. Apa sebenarnya yangdilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar?. Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk Dia menafikan sekeras-kerasnya. Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya. Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku> berderau. Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi. Suamiku juga begitu. KetiadaanNurAmana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kamiuntuk memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yg terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampirsemua buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklahsebuah Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apasalah> > > > didikanku, lalu dia jadi begitu? Subhanallah! Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintubiliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan> demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan. Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam...pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya. Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. NurAmana menangis. Aku terkaku. Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit. Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa"cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah > memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air matak mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu.suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain,akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu,cerita Nur Amana menjadi hangat. Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnye ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta! Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorangelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki janabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan. Suamiku gagal!Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtadakan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur. Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, menggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika. Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar"dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat."Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'.Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari. Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau pilih, teruskanlah... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidakakan selamat!,"Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar.Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaanhidupnya.Dan hari ini, suamiku merengkuk dalam penjara. Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan. Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali Aku belum solat Isyak. Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk. Solat Isyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh di sudut hati. Aku terus berharap... pulanglah anakku, Nur > Amana!. Aduhai, kisah natrah berulang kembali...agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai bila perkara ini akan berakhir.....betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyakm lagi kes yang sama seperti nur amana. apakah tindakan kitayang mengaku dirinya ISLAM, apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini???? Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita.... sedarlah.....apakah yang lebih penting - BANGSA ATAU AGAMA ALLAH.

Baco Ni..Untuk Pengatahuan Skot..Tak kiro la ko INTAkes Brapo Pun ...Janji ko Pandai baCo..

PERANTIS PUTRA TENTERA DARAT INTAKE 26 536434 APP MOHD RAZIF B SHARIP MENGAPA KHINZIR HARAM Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia. Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 ) Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalama babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang. (source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1, Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa. Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard. [Source : Washington Post , 31 Mei 1952 ] Virus-Virus Daripada Khinzir Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci. Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'. [source: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997] Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi. [source: Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20. Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918. [ source: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000] Menurut Dr. Virginia Hinshaw pula, Dekan di Graduate School University Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan babi merupakan suatu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain dan sistem pertahanan manusia tidak mampu untuk menangkis daripada serangan-serangan ini. [Source: Your Health, Flu Fighters, Research for University of Wisconsin-Madison, Pada bulan November 1997 pula, Dr. Robinson Weiss daripada Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERVS di dalam babi dan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat/organ daripada babi kepada manusia. [source: Campaign for Responsible Transplantation - Press Releases 1998, New Biotech Partnership Threatens Public Health, Oct. 21 1998] Sebelum itu pada bulan Ogos 1997 pula, saintis-saintis dari Australia telah menemui satu lagi virus dari binatang ini. Ia amat bahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui dan dikenali sebagai virus menangle daripada kumpulan paramyxovirus. [Source: Mercola. com, New Pig Virus Can Infect Human, Dr. Joseph Merola, 1998] Penyakit Dan Jangkitan Daripada Khinzir Setelah kita mengetahui virus-virus yang boleh dijangkiti dan didapati didalam virus, cuba kita lihat pulak penyakit-penyakit bawaannya. Ini adalah antara penemuan terbaru masakini

Santapan Rohani...

AL-QURAN adalah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w selain kitab wahyu terakhir yang masih kekal terpelihara sehingga kini. Isi kandungan al-Quran yang tidak pernah berubah dan sentiasa relevan dengan setiap perubahan zaman, malahan ilmu yang terdapat di dalamnya melampaui zaman ia diturunkan. Ini kerana pada zaman Al-Quran diturunkan iaitu pada abad keenam, masih belum ada kajian sains mengenai alam semula jadi yang dilakukan menyebabkan masyarakat belum mengetahui mengenai ilmu sains dan teknologi. Kajian mengenai pelbagai rahsia alam hanya bermula kira-kira abad ke-19 dan ketika itu didapati bahawa segala fakta sains yang ditemui adalah selaras dengan maklumat asas daripada al-Quran. Pelbagai penemuan baru sains dan teknologi pada masa kini yang berasaskan kepada ayat al-Quran adalah bukti bahawa setiap ayat dalam kitab samawi terakhir ini bukan rekaan manusia. Sebaliknya, penemuan ini seharusnya menambahkan keimanan umat Islam bahawa ayat al-Quran itu datangnya daripada Allah s.w.t seperti firman-Nya dalam surah as-Syu’araa’, ayat ke-192: “Dan sesungguhnya al- Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam.” Selain ayat berkenaan, ayat lain yang menunjukkan al-Quran diturunkan Allah adalah menerusi ayat pertama dari surah al-Qadr iaitu: “Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar.” Al-Quran yang mengandungi 114 surah diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah (1,456 ayat) dan sepuluh tahun di Madinah (4,780 ayat). Ayat al-Quran dikatakan memiliki rahsia tersendiri mengenai kehidupan yang disampaikan kepada manusia secara jelas atau memerlukan kajian mendalam. Hal ini diakui Allah sendiri menerusi firman-Nya: “Inilah ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hikmah.” (Surah Yunus, ayat pertama). Ayat lain adalah daripada surah al-Hijr, juga ayat pertama: “(Surah) ini adalah (sebahagian daripada) ayat-ayat al-Kitab (yang sempurna) iaitu (ayat-ayat) al-Quran yang memberi penjelasan.” Pada zaman Rasulullah s.a.w yang dikenali zaman jahilliah, Allah menerangkan secara jelas kepada manusia mengenai pelbagai fakta sains yang melampaui batas pemikiran manusia ketika itu. Antara fakta sains yang ditemui dan terdapat dalam al-Quran adalah semua cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An’aam: 125). Fakta lain adalah semua makhluk berpasangan (Adz-Dzaariyaat: 49), proses kejadian manusia (Al-Mu’minuun), kegunaan besi (Al-Hadiid: 25) dan langit yang terkawal (Al-Anbiyaa’: 32). Selain diterangkan secara jelas, kajian mendalam terhadap al-Quran mendapati kitab ini juga mampu merungkai rahsia kejadian di masa akan datang seperti kebangkitan kembali bangsa Rumawi selepas dikalahkan bangsa Parsi. Ketika berlakunya kekalahan itu iaitu kira-kira tahun 614, turunlah ayat pertama hingga keempat dari surah ar-Ruum yang menyatakan bahawa bangsa itu akan kembali menang dalam tempoh beberapa tahun kemudian dan kemenangan itu benar-benar terjadi iaitu kira-kira lapan tahun kemudian. Terbaru, kejadian runtuhan bangunan pencakar langit, World Trade Center (WTC), New York, Amerika Syarikat pada 11 September 2001 dikatakan seolah-olah sudah digambarkan dalam al-Quran. Kajian yang dijalankan seorang ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, mendapati bahawa ayat ke-110 dari surah at-Taubah seperti memberi isyarat awal mengenai kejadian ini. Ayat berkenaan bermaksud: “Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu senantiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu sudah hancur. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” Kajian itu mendapati beberapa fakta mengenai kejadian runtuhan WTC saling berkait dengan ayat berkenaan antaranya bangunan WTC setinggi 110 tingkat dan peristiwa itu berlaku pada bulan kesembilan Masihi (September) manakala ayat al-Quran berkenaan adalah ayat ke-110 dari surah ke sembilan (at-Taubah). Persamaan lain adalah peristiwa itu berlaku pada 11 haribulan (ayat berkenaan berada dalam juzuk ke-11) dan pada 2001 (huruf terakhir ayat adalah huruf ke-2001). Selain itu, kajian lain yang dijalankan bagi mencari keajaiban al-Quran mendapati bahawa jumlah sesetengah perkataan berbahasa Arab di dalam kitab itu adalah saling berlawanan. Antara perkataan berkenaan adalah; dunia yang disebut sebanyak 115 kali manakala akhirat yang turut disebut sebanyak 115 kali, malaikat dan syaitan (88 kali), hidup dan mati (145 kali), faedah dan kerugian (50 kali), kesusahan dan kesabaran (114 kali) serta lelaki dan perempuan (24 kali). Perkataan lain adalah ummah dan penyampai (50 kali), iblis dan memohon perlindungan daripada iblis (11 kali), musibah dan bersyukur (75 kali), bersedekah dan berpuas hati (73 kali) serta zakat dan berkat (32 kali). Golongan muslimin dan jihad (41 kali), orang yang sesat dan meninggal dunia (17 kali), emas dan kemurahan hidup (lapan kali), keajaiban dan fitnah (60 kali), minda dan nur (49 kali), lidah dan sumpah (25 kali), nafsu dan ketakutan (lapan kali), bercakap di khalayak ramai dan berdakwah (18 kali). Jumlah perkataan lain yang dianggap ajaib dijumpai adalah solat (lima kali), bulan (12 kali), tahun (365), lautan (32 kali) dan daratan (13 kali). Jumlah lautan dan daratan ini apabila ditukar dalam bentuk peratus adalah bersamaan dengan jumlah sebenar kawasan laut dan darat yang terdapat di dunia ketika ini iaitu 71.111 peratus dan 28.889 peratus. Misteri yang terkandung dalam ayat-ayat al-Quran ini membuktikan kitab berkenaan bukan rekaan seorang manusia melainkan ia dihasilkan oleh suatu kuasa yang mentadbir seluruh alam ini yakni Allah s.w.t. Lautan - 32 kali Daratan - 13 kali Laut dan Darat = 32 + 13 = 45 Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus Jumlah = 100 peratus Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Jumaat, Mei 01, 2009

Intake 26 Bravo Coy

SEMASA CAMPING KAT PENENG DULU.... BRAvO coY.. Semasa tangkap gambar nak tamat latihan Passing Out tahun 1994...Pipit segak masa ni..memang nampak pendiam tapi sekali dia bagi fuyoo..berasap gak..eee Jalan-jalan kat Melaka ngan skot kita semasa dalam kursus Basic selepas tamat latihan dulu..Skot2 kita yang lain masa ni ada yang kat ATMA,ada yang Kat Kadet,ada yang telah ada kat unit...ni jer la yang tinggal..yan kursus lama kat IJED..sapa lagi kalau bukan yang dapat Course Elektronik dan Instrument... Masa kena Belasah nagan Jl kita la ni..tak kan tak ingat kot skot....sapa lagi kalau bukan Aladdin tu..namun bila kita ingat kan kembali ianya adalah kenangan paling manis dan masin yang tak dapat kita lupa kan semasa perkenalan kita di dalam ATM malaysia kan skottt... PERANTIS PUTRA TENTERA DARAT INTAKE 26
Posted by Picasa

Semasa Latihan ketenteraan dan kenangan kita bersanama

PERANTIS PUTRA TENTERA DARAT INTAKE 26
Posted by Picasa
PERANTIS PUTRA TENTERA DARAT INTAKE 26
Posted by Picasa