POsan 536434 ..Jangan Asyik Becinta Budak AFATS woii..jago-JaGO..
PERANTIS PUTRA TENTERA DARAT INTAKE 26
MURTAD KERANA CINTA : SATU PENGAJARAN
(KEMBALIKAN ANAKKU NUR AMANA)
Bacalah...moga ia menjadi pengajaran dalam perjalanan hidup kita.
Nau'zubillahi min zalik....
Kisah yang cukup menarik.. suatu realiti yg perlu kita sedari.. dimanakah peranan kita?!.. Moga Islam dapat didaulatkan
Senja menyerakkan warna di ufuk barat ketika aku keluar daripada perkarangan penjara, meninggalkannya dengan pandangan sayu yang penuh denngan luka tersayat. Air mataku telah kering untuk menangisi episod hari ini lantaran tragedi semalam yang cukup menyedihkan."Sabarlah, Sumaiyah....," cuma pesanan itu yang diingatkanoleh suamiku sebelum aku melangkah pergi sebentar tadi. Ya, Siti Sumaiyah ini akan terus sabar kerana sabar itulah yang paling baik. Kerana sabar itulah yang terindah.
Biarlah aku menjadi seperti Sumayyah, sahabat Rasullulah s.a.w. Yang terus sabar dan teguh disiksa bertubi-tubi. Namun demi dinullah,keimanan terus diipertahankan. Selepas solat Maghrib, doaku berentet panjang. Air mataku mengalir tanpa henti. Aku sedih. Aku kecewa. Aku benar-benar terasa sedih di bumi fana ini. Tiada lagi kegembiraan yang menguliti. Telah hilang senda gurauNur Amana, puteri tunggalku. Sudah lenyap bisikan sayang suami tercinta.
Semuanya telah tiada Sekelilingku penuh tomahan yang menyakitkan. Disekitarkansaban hari dihidangkan kisah-kisah melukakan.Suamiku pula kini dipenjara.Lengkaplah penderitaan ini. Aku sendiri tanpa dorongan dan semangat yang saban hari ditiupkan dalam roh kita Tiba-tiba hati kecilku berbisik, bahawa Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya sendirian. Ingatanku melayang pada firman-Nya dalam surah Ad-Dhuha
"Allah bersumpah demi waktu dhuha dan demi malam apabila telah sunyi, sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan dan membenci hamba-Nya. Kelak, Allah akan memberikan kurnia-Nya dan hatimu pasti akanmelindungimu? Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah melindungimu?.
Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah memberi petunjuk. Dan dia mendapatimu dalam serba kekurangan lalu Dia mencukupkan". Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud
panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan.
Emosiku terganggu... Hatiku berdebar-debar menunggu keputusan doktor. Wajah doktor wanita yang bulat bersih itu kutatap sungguh-sungguh. "Emm... positif!
Memang Puan mengandung...," dia tersenyum memandangku."Iyakah?," Aku seperti tidak percaya Dia mengangguk. "Tahniah! Inai masih merah lagi...memang
mahu anak awal?", tanya Aku angguk. "Tentu husband Puan gembira, sampaikan ucapan tahniah saya padanya," katanya sebelum aku meninggalkannya Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti
jawapan"Macammana?," Tanyanya "Abang nak atau tidak?" "Mestilah nak!". "Kalau Abang nak... adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayanng padaku.Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku.Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku. Dan
segala-galanye "Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik, Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku teringat isteriImran
sewaktu mengandungkan Siti Maryam, wanita suci, ibu Nabi Isa a.s.
yang diberi kelebihan melahirkan anak tanpa bapa Isteri Imran menazarkan anak dalam kandungannya menjadi
> hamba yang
soleh dan berkhidmat di Baitul Maqdis. Setelah melahirkan seorangputeri,
dia berdoa lagi semoga anak-anaknya diberi perlindungan daripada syaita yang terku Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur
pekertinya da teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu, hari-har kubisikkan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya. Aku
nyatakan harap an saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suciAl-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akanmengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal
ibuapabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimah
tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup daN ati.Terubat hatiku melihat senyumannya. Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat
lekukdi kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut
hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji.Memiliki
imansetinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yang
terunggul. Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan
suami.Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi
> selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri
seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur.
SuamikUtidak banyak bicara.Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti
diterima
dengan reda Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki
kecantikan lahiriah, akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila ipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara
pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain. Bahagianya hati suamiku. Sejuk perutku yang
mengandungkan. Dan syukurku melimpah kerana ibarat dianugerahkan
puter seorang bidadari dari syurga. Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul
coklat tiba Pda suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang
cermelang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke
Amerika Syarikat. Pun, demi masa depannya kami merelakannya. Seperti
suamiku, akuyakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu
menangkis segala unsur jahat. Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang
tetaptawar biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang
dalam.Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah
hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantauorang.Kerabu pucuk paku dan ikan bakar sering membuatkanku
menitiskan air mata. Lauk itulah kegemaran Nur Amana. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga. Lima tahun di
negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan. Air mataku menitis.Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti. Dan di luar
dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara.
Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan
kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada
kebaikAN Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalubanyak fitnah, Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya
memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Aman mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah.
KatanyAdengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan
nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma
tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Alah
yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku. Dan hatiku berbunga lega. Benar serti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Aku tidak begitu tah tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai
eksekutif. Dankehidupan kami berlangsung seperti biasa.
Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku
kini. Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap
Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering
mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau
bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa
kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun
aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembu Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang,
katanya NurAmana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama
kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu NurAmana tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu.
Aku dan suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu
diperolehi oleh Nur Amana sendiri. Bagaimana mungkin orang itu boleh
membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa?. Apa sebenarnya yangdilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu
besar?. Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti
kepulangannya. Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk
Dia menafikan sekeras-kerasnya. Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara
agamanya. Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana
untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia.
Darahku> berderau. Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi. Suamiku juga begitu. KetiadaanNurAmana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kamiuntuk
memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum
mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad
kecil yg terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas
rak. Aku menghampirinya. Dan jantungku berdegup kencang bila hampirsemua
buku-buku tebal itu adalah berkenaan agama Kristian, termasuklahsebuah
Bible dan terjemahannya. Aku menggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku.
Suamiku segera menghubungi mahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang
diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apasalah> > > > didikanku, lalu dia jadi begitu? Subhanallah! Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati
pintubiliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan> demi
pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan.
Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam...pemuda
Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam
agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya. Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus
terhapus. NurAmana menangis. Aku terkaku. Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit. Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana
membawa bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan
bahawa"cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah
> memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air matak mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu.suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur
Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan
membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan
lain,akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu,cerita
Nur Amana menjadi hangat. Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan
kaca televisyen. Latar belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana
dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan
akhirnye ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke
perangkap Kristian kerana cinta! Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorangelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki janabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk
salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat
di dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa.
Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu.
Keputusan diumumkan. Suamiku gagal!Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur
lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat
tersenyum lega. Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtadakan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat.
Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak
tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah
dalam pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya
merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya
mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali
pertama kulihat air matanya gugur. Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu
hatinya."Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman
kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang menjerit,
menggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika. Semua
mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar"dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba
meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat."Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'.Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku.
Suamiku meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis
melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari.
Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan
ini yang kau pilih, teruskanlah... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidakakan selamat!,"Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku
tercalar.Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaanhidupnya.Dan hari ini, suamiku merengkuk dalam penjara. Dituduh menderhaka
kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana
menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan.
Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting
tiga kali Aku belum solat Isyak. Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan
menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk. Solat
Isyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air
mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku
retak. Namun jauh di sudut hati. Aku terus berharap... pulanglah anakku, Nur
> Amana!. Aduhai, kisah natrah berulang kembali...agama
dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang
sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai bila perkara ini akan berakhir.....betapa hibanya
hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu
masih banyakm lagi kes yang sama seperti nur amana. apakah tindakan kitayang
mengaku dirinya ISLAM, apakah tidak tercabar oleh permainan pihak
kuffar
ini???? Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita....
sedarlah.....apakah yang lebih penting - BANGSA ATAU AGAMA ALLAH.
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama